Wednesday, December 31, 2008

TQ Nxt team

Date : 25 December 2008 ( Public Holiday)
Day : Thursday
Time : Assemble : 7:30am - 8:00am
Meeting Location : Outside Polytechnic Front Gate. (Huge open air parking space)
Trail: Ulu Pauh - Laka Selatan- Ayaq Katoq (passing by)-bukit Kodiang-Ulu Pauh.
Distance :
Approximately 35-40km


Sorry kekawan riders semua...saya cuma copy link jer, TQ mat kedah,Chan nxt & Adi utk ride dekat pauh .....Tapi apapun saya berpuashati dgn ride hari2....nanti kita jumpa lagi....

http://www.northen-xtrailers.blogspot.com

http://adiharriman.com/blog

http://matkedah.com/blog



SELAMAT TAHUN BARU 2009



Sunday, November 2, 2008

RIDE 31 OKT 2008

Assalammualakum w.b.t... salam kepada semua rider mtb, sudah sebulan tak kayuh sebab sibuk sikit...tapi pada 31 Oktober yg lalu jam 7.15 am bersama-sama dgn seorang lagi kawan (DAGANG) telah membuat kayuhan bermula dari Kampung Tradisi Changlun ke UUM......tak banyak gambaq yg ambil sebab lupa nak bawa camera....hanya guna handphone jer.....
Dah lama tak kayuh.....naik semput gak...kayuh pun biasa-biasa jer...nak ambil angin dulu....ikut jalan highway jer...sampai dekat UUM baru kami ambil offroad.... tak ler jauh sangat...setakat naik bukit depan uum jer....
nama apatah bukit2...pakai naik jer....





Dok syok kerabat bukit.., tiba-tiba mtb kawan saya nie mengalami kerosakan gear....try repair boleh la teruskan perjalanan turun dari bukit
Dari atas bukit....tak boleh nak snap banyak gambar sebab berjerubu skit hari2....tapi cantik jugak pemandangan dari atas bukit tersebut..boleh tengok EDC,UUM dan ABM kat Bukit Kachi....Perjalanan tak la jauh sangat...kira2 dlm 20km pi balik jer...sampai kat rumah dlm kul 9.00 am....Ok geng jumpa lagi...ride akan datang...bye...



Monday, October 13, 2008

AL-FATIHAH

Assalamualaikum w.b.t.....kepada semua rider, salam aidilfitri....pada bulan syawal ini adalah bulan kecerian dan bermaaf-maafan dgn sanak saudara dan keluarga.... Tanggal 6 Oktober 2008 bersamaan 6 Syawal 1429 jam 3.00 ptg. ... Satu panggilan telahku terima berita kesedihan kepada seluruh family saya di atas kepulangan insan yg di sayangi ayah mertuaku (ABD WAHAB IBRAHIM) ke rahmatullah. Jenazah beliau telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Akar Peluru, Alor Setar. Hanya kucupan terakhir tangan yg tak bermaya di pagi raya....Hanya doa sebagai pengiring.... Maka aktiviti mtb berhenti seketika....bukan berhenti terus....dunia mtb tetap di hati....AL-Fatihah.

Monday, September 29, 2008

SALAM LEMBARAN



Tinggal beberapa hari lagi semua umat islam akan menyambut 1 Syawal, maka genaplah sebulan kita berpuasa, semoga mendapat keberkatan . Pada bulan mulia ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin kpd semua biker mtb yg kenal atau baru nak kenal....insya-allah persahabatan ingin akan terus terjalin. Bagi yg balik kampung pandu kenderaan anda elok2, ingat org tersayang...bye..

Sunday, September 21, 2008

Pengalaman Terkezut

Salam semua bikers...pengalaman yg tak boleh nak lupa ketika kayuh pada tanggal 19 ramadhan, baru2 nie....maklum la posa, kayuh la sorang2 nak ambik stamina balik....sbb dah lama tak kayuh, last kayuh masa ngan geng Mat Kedah (30/8/08)...Ceritanya begini..sesudah sembahyang subuh pagi tu, dok siap2 la nak kayuh cadang tu nak pusing kot taman sampai kat area dewan wawasan jer, tapi macamna tah...niat nak kayuh lebih jauh sikit...lalu ikut jln IKBN ngan MRSM Kubang Pasu....pastu masuk la satu kampung ...entah la nama apa (dah lupa lak)...kayuh sorang2...pagi-pagi lak tu....tak tau pulak kampung tu kawawan india....banyak pulak anjing dok lepak.....dgn rasa hormatnya...kayuh la pelan2 , takut dia terkejut pulak....dia berkenan kat bike saya kot...tiba2 jer anjing tu kejar, menyalak punya la kuat....siap panggil geng lagi.....apa lagi...dgn kuasa superman yg ada..kayuh sampai tak ingat dunia....mana taknya....banyak dok ligan...masuk sampai kebun getah....lanyak jer....yg penting lepas dari terkaman anjing....tiba2 jln mati lak....nak pusing balik ada anjing....ikut jer la...tengok2 ada jln keluar nampak jln raya....fuhhhh...lega rasanya.....alahmadullilah...selamat dari serangan anjing...kalau tak terpaksa la beraya dalam hospital kena gigitan anjing....kayuh balik...(tq my bike)...penyelamat yg terbaik....jam baru 7.30 pg...kayuh ikut jalan Kg Gelong dekat area tu jer....sampai kat rumah jam 7.50 pg....Ini la pengalaman ku...tak akan ku lupa .... mtb tetap di hati...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada semua biker mtb....insya-allah kita jumpa selepas raya...

Monday, September 15, 2008

Hikayat basikal

Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 [1] di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutanrekreasi yang popular di kawasan yang lain. yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan

Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885 [2], walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD).

Basikal telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada tahun-tahun yang awal, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.


Kegunaan

Aspek basikal yang luar biasa ialah penerimagunaan yang meluas dalam banyak bidang kegiatan manusia yang berlainan, umpamanya sebagai:

Selain daripada rekreasi dan pengangkutan, basikal telah disesuaikan untuk digunakan dalam banyak pekerjaan, termasuk tentera, polis tempatan, perkhidmatan kiriman cepat dan sukan. Tema yang berulang-ulang dalam menunggang basikal ialah perasaan cemas antara penunggang basikal dan pemandu kereta, dengan setiap kumpulan menuntut bahagian yang adil untuk jalan raya dunia.

Thursday, September 11, 2008

KAD RAYA MAYA..

Sudah 11 Ramadhan kita berpuasa,, aktiviti kayuh dok tepi...hanya chatting sesama bikerz...sesiapa yg nak hantar kat raya...ambil la kat sini....hehehe...sesaja suka2....

http://www.harirayapuasa.com

http://www.putera.com/cardraya

http://gong.mmu.edu.my/postcard/index.raya.shtml

Banyak lagi....cukup la....nie dah banyak...tak tau nak bagi kat sapa....SELAMAT BERPUASA ..

Tuesday, September 9, 2008

Keluarga Tersayang


Anak - anakku...

Terima kasih isteri tercinta yang banyak memberi dorongan dan
pengorbanan kpd diriku utk menceburi sport MTB nie....

BASIKAL KU YG PERTAMA















Ini basikalku yg first time join mtb baru...barang- barang biasa jer, takla mahal...macam bikerz lain...aku tak kisah yang penting aku boleh kayuh.....hehehehehe...

Salam Ceria Pagi Ramadhan

Asssalammualaikum...w.b.t

Selamat berpuasa kepada semua umat islam, dah masuk hari ke-9 kita semua berpuasa, semoga mendapat keberkatan...Salam perkenalan dari saya kepada mtb bikers.....saya budak baru dlm mtb...terima kasih kpd MAT KEDAH, ABG MAN JANGGUT, ABG LAN, MEJAR SHUKRI, JET, dan sorang lagi lupa lak nama...sorry...., segala tunjuk ajar, terima kasih...see u...

(gambar ehsan MAT KEDAH)